November 30, 2010

Istikharah Cinta

“Ya Allah, 
Sesungguhnya aku memohon pertunjuk dariMu
Berilah aku pilihan yang terbaik buatku
Dengan ilmu yang ada pada-Mu, 
Dan aku memohon kekuasaanMu 
Untuk menyelesaikan urusanku dengan keizinan kudratMu


Dan aku jua memohon kepadaMu 
Sebahagian dari kurniaanMu yang agung, 
karena sesungguhnya Engkau Maha Kuasa 
Sedangkan diri hambaMu ini pernuh dengan kekhilafan, 
Dan Engkau jua Maha Mengetahui,
Sedangkan diri hambaMu ini penuh dengan kejahilan, 
Dan Engkau jualah Maha Mengetahui perkara yang ghaib.
Yang telah Kau tetapkan buatku...

Ya Allah, 
sekiranya Engkau tahu bahwa fulan/fulanah itu
Adalah lebih baik untuk diriku, agamaku, dan kehidupanku, 
Serta lebih baik pula akibatnya di dunia dan akhirat, 
maka takdirkanlah dan mudahkanlah fulan/fulanah bagiku, 
kemudian berkahilah aku dalam urusan jodoh ini.

Dan sekiranya Engkau tahu bahawa fulan/fulanah itu
Adalah lebih buruk untuk diriku, agamaku, dan kehidupanku, serta lebih buruk pula akibatnya di dunia dan akhirat, 
Maka jauhkanlah fulan/fulanah dariku, 
Dan jauhkanlah aku dari urusan ini, 
Dan takdirkanlah kebaikan untukku di mana pun, 
Kemudian jadikanlah aku redha menerimanya..


Dengan ini, aku bersujud padamu ya Allah
Mengharap dan mernitih kepadaMu
Air mata yang mengalir ini 
Ku biarkan ia menitis demi mengharap kasih sayang mu,
Yang manakah terbaik buat ku,
Sesungguhnya hidupku dan jua matiku 
Adalah semuanya Hanya kerana Mu
Moga Kau mengasihani diriku yang mendambakan pertunjukMu.“
»»  READMORE...

November 29, 2010

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI

Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayatkan
dari melihat bangsaku dijajah.

Tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina.

Air mata tiada ertinya
sejarah silam tiada maknanya
sekiranya bangsa tercinta terpinggir
dipersenda dan dilupakan.

Bukan kecil langkah wira bangsa
para pejuang kemerdekaan
bagi menegakkan kemuliaan
dan darjat bangsa
selangkah beerti mara
mengharung sejuta dugaan.

Biarkan bertatih
asalkan langkah itu yakin dan cermat
bagi memastikan negara
merdeka dan bangsa terpelihara
air mata sengsara
mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita.

Tugas kita bukan kecil
kerana mengisi kemerdekaan
rupanya lebih sukar dari bermandi
keringat dan darah menuntutnya.

Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan
kalau bangsaku asyik mengia dan menidakkan,
mengangguk dan membenarkan,
kerana sekalipun bangganya negara
kerana makmur dan mewahnya,
bangsaku masih melata
dan meminta-minta di negaranya sendiri.

Bukan kecil tugas kita
meneruskan perjuangan kemerdekaan kita
kerana rupanya selain memerdekakan,
mengisi kemerdekaan itu jauh lebih sengsara.

Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
bukankah sejak zaman berzaman
mereka menjadi pelaut, pengembara
malah penakluk terkemuka?

Bukankah mereka sudah mengembangkan
sayap, menjadi pedagang dan peniaga
selain menjadi ulama dan ilmuan terbilang?

Bukankah bangsaku pernah mengharung
samudera menjajah dunia yang tak dikenal?

Bukankah mereka pernah menjadi
wira serantau yang tidak mengenal erti takut
dan kematian?

Di manakah silapnya hingga bangsaku
berasa begitu kecil dan rendah diri?

Apakah angkara penjajah?

Lalu bangsaku mulai melupakan kegemilangan
silam dan sejarah gemilang membina empayar…

Tugas kita belum selesai rupanya
bagi memartabat dan memuliakan bangsa
kerana hanya bangsa yang berjaya
akan sentiasa dihormati.

Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan
buat selama-lamanya.



Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
kerana masa depan belum tentu
menjanjikan syurga
bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa.

Perjuangan kita belum selesai
kerana hanya yang cekal dan tabah
dapat membina mercu tanda
bangsanya yang berjaya.

Dr. Mahathir Mohamad
Mei 1996
»»  READMORE...

November 28, 2010

MiMPi BeRTaBuR SePi...

Di sini ...
Ku mencari kasih
Kasih nan abadi
Menyusuri ruang hati
Nan berduri

Oh di sini ...
Bagai mimpi
Bertaburan sepi
Melewati kasih suci
Menyakiti...

Di mana
Tulusnya cahaya
Bagai ku idamkan
Secebis harapan
Biarpun
Badai yang menggila
Menghempas gelora
Tenggelamkan rasa
Ku reda..segala....

Di sini ...
Merapati
Jiwa yang terpinggir
Di garis ini...
»»  READMORE...

cinta oh cinta

 

" Saya rela hidup dan mencintai jika kematian adalah raja daripada hidup abadi tapi didalamnya tanpa cinta"

cinta itu memang indah apabila kita benar-benar merasakannya……….
dan cinta bisa benar-benar menyakitkan apabila kita dikecewakan karena cinta………….
cinta memang gila…………ya gak sich…?

" Mencintai orang lain adalah membantunya untuk mencintai Tuhan"

" Cinta adalah emosi yang berakar dari opini seseorang yang tak mungkin didapatkan dari pengalaman sebelumnya"

" Cinta adalah kutukan bagi yang mencintai dan yang dicintai "

SUBHAANALLAH... ALLAAHU AKBAR!!!

Ya... CINTA SEJATI tak 'kan pernah melukai. :-)
Seperti CINTA-'NYA' padaku...
CINTA Sang KEKASIH pada BIDADARI...

meski tertatih.. Sang Bidadari berusaha untuk
senantiasa mencumbu-NYA.
meski... ah... belum semesra seperti cumbuan-NYA

Ada saat-saat dalam hidup ketika kamu sangat merindukan seseorang sehingga ingin hati menjemput nyadari alam mimpi dan memeluknya dalam alam nyata. Semoga kamu memimpikan orang seperti itu.

Sahabat terbaik adalah dia yang dapat duduk berayun-ayun di beranda bersamamu, tanpa mengucapkan sepatah katapun, dan kemudian kamu meninggalkannya dengan perasaan telah bercakap-cakap lama dengannya.

Pandanglah segala sesuatu dari kacamata orang lain.Apabila hal itu menyakitkan hatimu, sangat mungkin hal itu menyakitkan hati orang lain pula.

Cinta mengajar diri ini erti sebuah kehidupan,mematangkan pemikiran dan menebalkan benteng kesabaran.Kejujuran dan kesetiaan adalah tiang sebuah percintaan dan iman adalah penyelamat cinta nan suci….
Cinta terlalu indah hinggakan tiada sebaris ungkapan yang dapat mentafsirkannya…. Disaat ini mungkinkah Dugaaan DariNYA mula bertandang untuk menguji setenguh mana dan sekuat mana benteng yang dipertaruhkan. CINTA kau sesuatu yang begitu suci…

dan cinta yang datangnya terlambat adalah cinta sejati…

kenapa perlu adanya cinta…kenapa sakit apabila disakiti org yang paling disayangi..

As fire the origin of light, as love the origin of knowlegde….”

“Cintailah aku sedikit, tetapi abadi….”

Cinta itu buta..Tidak bermakna ia buta selamnya..butanya juga mempunyai hati..Cinta tak mengenal usia..Ia dtg dari mata turun ke hati…Tanpa cinta tiada makna sayang.Tanpa sayang tiada makna benci…Ia datang silih berganti..Keduanya kembar tak serupa..Setelah datang ia akn pergi..Setelah mengenali kita akan mula membenci..Hati retak seribu bila cinta didustai…Tiada ubat yg dapat menangkis kepiluan..di atiku hanya ada hatimu syg….

baizura…dalam idup ni ada turun naiknya…mgkin pengalaman lalu wat baizura jd sensitif dgn keadaan….
tabahla hadapi krn andai dia jodoh yang telah ditakdirkan untuk baizura……
perubahan persekitran mempengaruhinye namun klu hatinye untuk mu terima la dia seadanya dan berkongsila n bgtau mslh yg memganggu baizura krn dia xkan memahami andai kita sendiri bgtau maslah tersebut
semga baizura bahagia

cinta itu seperti batu karang yang berada ditengah laut,.,.kadang dihempas ombak yang deras,.kadang juga ombak yang soft,.,.artiin sendiri yachhhhh,.,.by aryha

susah lah bercinta nie….. susah untuk kiter lupakan walaupun ia begitu menyakitkan….

Arti cinta bisa dirasain hanya ama orang yang lagi jatuh cinta..Jadi..jangan comment dehh kalo ga lagi jatuh cinta…
Yang lagi patah hati mah pasti bilangnya..”Apa itu cinta..?” atau “Haree gene ngomongin cinta..!”

cinta tak bisa di nilai dengan apapun. cinta yang sesungguhnya membutuhkan pengorbanan walaupan pengormanan itu kadang menyakitkancinta tak hanya dapat diungkapkan denga kecupan yang mendarat dibibir atau pelukan yang hangat. tapi cinta dapat juga diungkapkan dengan kasih sayang yang tulus, pengertian kesetiaan and sikap saling percaya.

cinta itu klo tidak menyakitin pasti disakitin
betul..?? bulshitt ah cinta…

dan aq telah jatuh cinta,,,,
tapi cinta ku masih semu,,,,
doakan dia menjadi nyata ya,,,,

cinta memang sesuatu yang tidak boleh dipercaya……….aku gak percaya dengan yang namanya cinta,,mungkin aku percaya dengan adanya cinta jika aku telah married………….

¸.•´¸.•*¨) ¸.•*¨)
(¸.•´ (¸.•´ .•´ ¸¸.•¨¯`•

_____****__________**** ______
___***____***____***__ *** ____
__***________*****______***___
_***__________**_________***_
_***_______ TIDAK _________***_
_***_____ SLAMANYA________***_
__***_______CINTA_________***__
___***______ITU_________ ***____
____***_____BUTA______***______
______***____***____***_______
________***__***__***_________
__________***_**_***___________
____________*****____________
_____________***_____________
______________*_____________


________,-~-. __.--.__ ,-~-._______
_______/ .- ,'_________`. -. \______
_______\ ` /`__________' \ ' /______
________`-/___'a___a`___\-'________
_________|____,'(_)`.____|_________
_________\___( ._|_. )___/_________
__________\___`.__,'___/__________
__________.-`._______,'-._
»»  READMORE...

ERTI KASIH SAYANG SESAMA MANUSIA

Dalam diri setiap anak Adam, ada Tuhan bekalkan berbagai-bagai jenis
perasaan. Perasaan-perasaan ini bersifat batiniah dan tempatnya di
dalam hati. Yakni di dalam roh. Salah satu daripada perasaan itu ialah
rasa kasih sayang.



Apakah definisi rasa kasih sayang? Rasa kasih sayang ialah cenderung
dan tertariknya hati seseorang secara mendalam kepada seseorang yang
lain. Atau kepada selain manusia yakni benda-benda dan makhluk-makhluk
lain. Atau hati manusia juga boleh jatuh cinta kepada ALLAH tapi ini
jarang berlaku.



Di sini kita hendak mengkhususkan tentang kasih sayang sesama manusia.
Sebab ianya utama dan penting pada manusia itu sendiri selain mereka
mesti cintakan ALLAH yang memang lebih utama dan agung.



Jadi fokus utama untuk dihuraikan secara lebih luas ialah tentang cinta
sesama manusia. Berlakunya kasih sayang atau kecenderungan hati yang
mendalam oleh seseorang kepada seseorang yang lain ada sebab-sebabnya.
Iaitu kerana ada daya tarikan yang menyenangkan dan menenangkan
hatinya. Daya tarikan itu ada berbagai-bagai.



Ada yang bersifat semulajadi dan ada yang bersifat `aradhi'
(mendatang). Di antara perkara-perkara yang menarik hati manusia kepada
manusia lain ialah kecantikan, ilmu, kepimpinan, jasa, hubungan darah,
kekuatan, akhlak dan lain-lain. Kerana faktor-faktor inilah manusia
tertarik dengan manusia yang lain. Maka tumbuhlah rasa kasih sayang
sedikit demi sedikit hingga mendalam. Bila rasa itu kian mendalam, ia
disebut cinta. Bila cinta sudah mendalam, seseorang itu akan jadi asyik
mahsyuk atau mabuk cinta. Ada orang, kerana tidak boleh lagi kontrol
cintanya, terus menjadi gila.



Dengan perasaan kasih sayang, seseorang akan menumpukan perhatian,
perasaan dan jiwa raganya kepada orang yang disayanginya.
Bermacam-macam pengorbanan akan dibuat terhadap kecintaannya. Tidak ada
rasa susah padanya dalam usaha-usaha dan pengorbanan itu, walaupun
orang lain melihatnya susah sekali dan keterlaluan. Seorang wanita
sanggup lari meninggalkan keluarga demi cinta kepada lelaki calon
suaminya. Dia rela menghadapi risiko dihina dan dibenci oleh keluarga
dan masyarakat.



Sebagaimana sebab-sebab tumbuhnya kasih sayang itupun berbagai-bagai
maka sifat dan kesan kasih itu juga berbeza-beza. Bergantunglah kepada
siapa dan mengapa kasih itu tumbuh. Kasih kepada ibu bapa tidak sama
dengan kasih pada isteri-isteri. Kasih kepada anak-anak tidak sama
dengan kasih pada kawan. Kasih pada guru tidak sama dengan kasih pada
saudara-mara. Kasih pada pemimpin tidak sama dengan kasih pada
pengikut. Kasih pada bangsa tidak sama dengan kasih pada harta. Kasih
pada agama tidak sama dengan kasih kepada bangsa. Maha Suci ALLAH yang
menciptakan dalam ruang seketul hati yang sempit itu rasa kasih yang
berbagai sifat dan rupanya!



Akibat berbeza sifat dan rupanya, maka berbeza pula kesan dan akibat
kasih itu. Ada kasih sayang yang kekal dan bertambah di dalam hati. Ia
tidak diganggu atau dicacatkan oleh rasa jemu dan hambar kecuali dengan
sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Namun ada kasih sayang yang
dirosakkan oleh rasa jemu dan benci. Maka ia tidak kekal bahkan
berkurang dan mungkin hilang. Kasih pada pemimpin membuatkan seseorang
pengikut menyerahkan ketaatan dan kesetiaan yang tidak berbelah bagi.
Kasih pada pengikut membuatkan seseorang pemimpin berkorban memberi
khidmat dan kasih sayang tanpa sebarang kepentingan dan rasa letih
serta jemu. Kasih kepada isteri membuatkan suami bersifat
bertanggungjawab. Manakala kasih pada suami menjadikan isteri sedia
taat, patuh dan melayan suami sesungguh hati. Kasih pada guru
membuatkan murid gigih belajar dan mengamalkan ajarannya. Manakala
kasih pada murid menjadikan guru-guru hilang letih untuk mendidik dan
mengajar hingga muridnya berjaya. Kasih pada ibu bapa membuatkan
anak-anak sangat menjaga hati orang tuanya. Manakala kasih kepada
anak-anak menjadikan ibu bapa rela berbuat apa saja untuk anak-anaknya.



Demikianlah kesan adanya kasih sayang. Ia membuatkan manusia seperti
terikat satu sama lain. Lalu akan saling memberi dan menerima secara
suka dan rela. Orang yang saling menyayangi rasa bersalah kalau tidak
dapat memberi kasih sayang walau dalam apa bentuk sekalipun. Berkorban
dan bersusah-susah untuk yang disayangi adalah kebahagiaan, kepuasan
dan hiburan.



Sedangkan tanpa kasih sayang, pengorbanan dibuat secara terpaksa,
menjadikan ia amat berat dan menyeksakan manusia. Seorang murid yang
buat kerja guru dengan rasa cinta pada guru, akan membuatnya dengan
sepenuh hati, ghairah dan bahagia. Dia tidak jemu dan tidak letih. Dia
akan berbuat lebih dari yang diperintahkan. Sebaliknya murid yang buat
kerja guru dalam keadaan terpaksa, sedangkan dia benci pada guru itu,
akan rasa berat dan jemu. Al hasil, kerjanya jadi tidak sempurna.



Demikianlah juga keadaan rakyat terhadap pemerintah, pengikut terhadap
pemimpin dan sebaliknya. Begitu jugalah isteri terhadap suami,
anak-anak terhadap ibu bapa dan manusia terhadap manusia lainnya.



Sejarah telah membuktikan kepada kita bahawa cinta dan kasih para
Sahabat yang sungguh mendalam terhadap Rasulullah SAW dan sebaliknya,
telah membuatkan mereka berjuang dan berkorban habis-habisan. Hingga
nyawa pun sanggup dikorbankan demi cinta. Al hasil dalam tempoh yang
sekejap sahaja, Islam telah membentuk negara dan empayar kepada tiga
perempat dunia.



Demikian bukti bahawa dengan cinta, manusia rela mengorbankan lebih
masa dan tenaga hingga memperolehi hasil yang luar biasa. Sedangkan
tanpa cinta, sesuatu kerja itu dibuat dengan sambil lewa dan hasilnya
mengecewakan! Sebab itu kita mesti pandai mengisi ruangan daripada rasa
kasih sayang dan cinta ini. Ia sangat besar manfaatnya kepada kehidupan
manusia. Kita patut usahakan agar tumbuh kasih sayang sesama manusia
supaya buahnya yang lebat lagi manis itu dapat kita kecapi bersama.



Tapi sayang sekali hari ini, dunia sudah ketandusan kasih sayang. Orang
miskin tidak sayang pada orang kaya, rakyat tidak sayang pada raja atau
ketua negaranya, masyarakat tidak sayang pada ulama, bahkan anak-anak
tidak sayangkan ibu bapa dan isteri tidak menyayangi suami.
Benci-membenci jadi budaya tradisi yang membuatkan manusia terhina
dengan segala bentuk krisis dan masalah sesamanya. Kakitangan pejabat
mencaci-caci boss mereka di belakangnya. Orang politik dimaki hamun
oleh pengundinya, ulama dihina-hina oleh masyarakat, menteri-menteri
dimusuhi oleh berbagai lapisan masyarakat dan jadi bahan bualan yang
negatif.



Demikian seterusnya yang berlaku dalam realiti hidup hari ini akibat
tidak adanya sifat-sifat yang cantik untuk membuat manusia saling jatuh
hati dan sayang-menyayangi. Mana kasih sayang pengikat perpaduan
manusia? Mana keharmonian hidup, ketenangan serta kepuasan? Kita rindu
untuk melihat orang kaya mengasihi orang miskin dan si miskin membalas
kasih si kaya. Hinggakan mereka bekerjasama dengan penuh harmoni dan
mesra.



Kita juga rindukan pemimpin yang memberi kasih kepada pengikut dan
sebaliknya. Dan kita ingin melihat orang bukan Islam kasih pada orang
Islam dan sebaliknya! Ya, kita ingin melihat dunia kembali damai, aman,
harmoni dan makmur dengan wujudnya kasih sayang sesama manusia. Untuk
itu mari kita cetuskan sebab-sebab untuk orang lain, sekalipun bukan
sebangsa dan seagama apa lagi kalau sekeluarga dan seagama, agar
cenderung dan jatuh hati pada kita. Bila masing-masing mengusahakannya,
maka kita pun menyayangi dan disayangi.



Dari sana, moga-moga impian dan kerinduan kita menjadi kenyataan!
Kesilapan manusia hari ini, di samping membiarkan rasa benci-membenci
terus subur, tidak pula mengusahakan untuk sayang-menyayangi.
Sebaliknya lebih mengalih perhatian kepada benda dan makhluk-makhluk
yang lain. Melupakan tanggungjawab untuk membina kasih sayang sesama
manusia. Kemudian mencari jalan lain untuk menjauhkan lagi dan
tanggungjawab tersebut. laitu mengalih perhatian dan kasih sayang
kepada benda-benda, pokok-pokok, binatang, barang-barang antik dan
sebagainya.

Benda-benda kecintaan ditatang-tatang, dibelek-belek dan dijaga
sungguh-sungguh. Binatang kesayangan dibelai-belai, dilayan dan dikawal
hingga dibuat undang-undang, sesiapa yang membunuh binatang didenda.
Barang-barang antik dipuja-puja dan dijaga di muzium-muzium dan
lain-lain dengan istimewa sekali. Begitu juga pokok-pokok dan bunga
hiasan, begitu disayangi dan dari semasa ke semasa rasa sayang itu
disuburkan! Memang tidak ada salahnya perkara-perkara itu.



Tapi apalah ertinya kera di hutan disusukan, anak di rumah dibiarkan.
Maksudnya, tanggungjawab yang asasi dan penting diabaikan, sebaliknya
dibuat kerja-kerja yang tidak penting. Ibarat orang menghidangkan kita
berbagai macam laukpauk, tetapi tidak disertakan nasi. Apa perasaan
kita? Apa ertinya pokok di hutan tidak dipotong tetapi badan manusia
dipotong dan dibunuh? Pokok-pokok, benda-benda, barang antik dan
binatang kalau tidak disayangi dan tidak diberi perhatian, tidak
memberi kesan negatif pada kita. Tetapi anak-anak yang tidak dapat
kasih sayang akan jadi penyakit masyarakat.Orang miskin yang terbiar
tanpa diberi simpati akan buat masalah dalam masyarakat. Orang yang
bukan seagama dan sebangsa yang tidak mendapat perhatian dan kasih
sayang akan mencari pasal untuk membalas dendam dan geram.



Demikian kalau manusia tidak berkasih sayang, kesannya sungguh negatif
dan bahaya sekali. Dunia hari ini begitu ketandusan kasih sayang.
Keadaannya genting sekali. Manusia saling benci-membenci iaitu
kebalikan dari berkasih sayang. Akibatnya masing-masing saling mencari
jalan untuk menyusahkan orang lain. Masing-masing saling berprasangka
dan saling mencurigai. Paling tidak, saling tidak mempedulikan dan
tidak ambil tahu. Usaha-usaha untuk mengatasinya hampir-hampir tidak
ada sama sekali. Kalaupun ada, tidak berkesan. Kerana caranya tidak
tepat dan tidak membawa kesan yang berkekalan.
»»  READMORE...

November 27, 2010

puisi gadis cacat

kemarilah dekat denganku kekasihku,
aku mahu bilang rahasia,
seorang gadis cacat yang duduk di bangku.

duduk diamlah di depanku,
mari aku buka kerudung masaku,
dan kau kiralah lipat-lekat lukaku.

tenangkan sedikit riakmu,
aku adalah serikandi yang pernah tertewas,
masih duduk di sini menganyam semangat,
dan kembali bertempur dengan waktu.

kuncikan bicaramu kekasihku.
aku belum habis cerita,
pandang eratlah ke mataku,
mari aku urai sanggulku,
menyerbakkan wangi ke wajahmu.

melur ini belum layu.
seperti tekadku yang masih biru.

marilah dengarkan di telingamu.

ada bukan mahu jadikan engkau danau,
menakung seluruh air mataku,
bukan juga sebuah samudera,
untuk aku melayarkan segala derita,
bukan juga mahu aku seorang doktor,
merawat segala sakitku.

kita adalah kunci dan mangga,
harus di pasang bersama.
itu mahuku.

sebelum sama-sama dipanggil pulang ke pintu rumahNya.

jika kau datang mahu menjemputku,
marilah kekasihku,
bawa aku pulang.
kisahku sudah langsai,
angin juga sudah tenang.

tetapi jika engkau mahu pulang sendiri,
pergilah.

dudukku tetap di sini
mengira berapa kali ombak menciumku,
menghantar cinta agungNya padaku.

tinta emas: Aloe Verra

»»  READMORE...

Cuma Itu Yang Ku Pinta

jangan dipandang...
pada nilai sesuatu pemberian...
tapi pandanglah...
pada ketulusan & keikhlasan...
kerna tinggi atau rendah...
nilai sesuatu pemberian itu...
bukanlah penentu...
kepada nilai kasih & sayang...
tiada apa yang diharapkan dari ku...
cukuplah dengan hanya...
melihat segaris senyuman...
yang terlukis di wajah mu...
walaupun ia...
hanya segaris senyuman...
tapi ia amat bermakna untuk diri ku...
walaupun diri ku ini...
jauh dari diri mu...
tapi ku selalu ada bersama mu...
apa yang ku harapkan...
biarlah segaris senyuman...
yang terlukis diwajah mu itu...
akan kekal untuk selamanya...

tinta emas: Amy Allyana
»»  READMORE...

November 25, 2010

Adil kah?

adil kah???
Kalau lelaki handsome pendiam
Perempuan akan cakap:: woow, cool
giler...
kalau lelaki tak handsome pendiam
Perempuan akan cakap: eh perasan
bagus...

Adilkah???
kalau lelaki handsome berbuat jahat
Perempuan akan kata: nobody's perfect
kalau lelaki tak handsome berbuat jahat
perempuan akan cakap: memang....
muka pun
macam pecah rumah!


Adilkah???
kalau lelaki handsome menolong
perempuan yg
diganggu
perempuan akan cakap: wah..
machonya.. macam
hero filem!
kalau lelaki tak handsome menolong
perempuan
yang diganggu
Perempuan akan kata: entah2 kawan
dia...


Adilkah???
kalau lelaki handsome dapat perempuan
cantik
perempuan akan kata: sepadan sangat...
kalau lelaki tak handsome dapat
perempuan cantik
perempuan akan kata: mesti kena bomoh
perempuan tuh!


Adilkah???
kalau lelaki handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata: jangan sedih, kan
saya ada..
kalau lelaki tak handsome ditinggal
kekasih
perempuan akan kata:...(terdiam, tapi
telunjuknya
meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah,
tengok saja
luarannya)...


Adilkah???
kalau lelaki handsome penyayang
binatang
perempuan akan cakap: perasaannya
halus...penuh
kasih sayang
kalau lelaki tak handsome penyayang
binatang
perempuan akan cakap: sesama keluarga
memang
harus menyayangi...


Adilkah???
kalau lelaki handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: matching...
hebat luar dalam
kalau lelaki tak handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: bang, bosnya
mana?...


Adilkah???
kalau lelaki handsome tak mau
bergambar
perempuan akan cakap: pasti takut kalau2
gambarnya tersebar
kalau lelaki tak handsome tak mau
bergambar
perempuan akan kata: tak sanggup
melihat hasilnya
ya?...


Adilkah???
kalau lelaki handsome menuang air ke
gelas
perempuan
perempuan akan cakap:ini barulah lelaki
gentlemen
kalau lelaki tak handsome menuang air
ke gelas
perempuan
perempuan akan cakap: naluri
pembantu, memang
begitu....


Adilkah???
kalau lelaki handsome bersedih hati
perempuan akan cakap: let me be your
shoulder to
cry on
kalau lelaki tak handsome bersedih hati
perempuan akan kata: kuat nangis!! lelaki
ke bukan
ni?


»»  READMORE...

November 24, 2010

Puteri idamanku

Puteri Idamanku Adalah Seorang Wanita Yang Beriman,
Yang di hatinya Disalut Rasa Taqwa kepada Allah swt
Yang Di Jiwanya Penuh Penghayatan Terhadap Islam
Yang sentiasa Dahagakan Pahala

Yang solatnya Adalah maruah Dirinya
Yang Tidak pernah Takut Berkata Benar
Yang Tidak pernah Gentar Melawan Hawa Nafsu
Yang Sentiasa Bersama Golongan Yang Berjuang Di Jalan Allah

Puteri Idamanku Adalah seorang Wanita Yang Menjaga Tutur Katanya
Yang Tidak Pernah Bermegah Dengan Ilmu Yang Dimilikinya
Yang Tidak Pernah Bermegah Dengan Harta Dunia Yang dicarinya
Yang Mempunyai Ramai Kawan dan Tidak Mempunyai Musuh

Puteri Idamanku adalah seorang Wanita Yang Menghormati Ibunya
Yang Sentiasa Berbakti Kepada Orang Tua Dan Keluarganya
Yang Bakal Menjaga Kerukunan Rumah Tangga
Yang Akan Mendidik Anak-Anaknya Ilmu Duniawi Dan Ukhrawi
Yang Mengamalkan Hidup Penuh Kesederhanaan Kerana Baginya Hidup
Adalah Mahligai Persinggahan Sementara Menuju Ke Negeri Abadi

Puteri Idamanku Sentiasa Bersedia Menjadi Srikandi Islam
Yang Hidup Di Bawah Naungan Al-Quran dan Mencontohi Akhlak Rabiatul Adawiyah
Yang Boleh Diajak Berbincang Dan Berbicara
Yang Menjaga Matanya Daripada Berbelanja
Yang Sujudnya Penuh Dengan Kesyukuran Dengan Rahmat Allah swt Ke Atasnya

Puteri Idamanku Tidak Pernah Membazir Masa
Matanya Penat Kerana Penatnya Membaca
Suaranya lesu Kerana Penat Mengaji dan Berzikir
Tidurnya Lena Diulit Sinar Keimanan
Bangun Subuh Dengan Penuh Kecergasan
Kerana Sehari Lagi Usianya Bertambah Dengan Penuh Kematangan

Puteri Idamanku Sentiasa Mengingati Mati
Yang Baginya Dunia Adalah Ladang Akhirat
Yang Mana Buah Kehidupan perlu Dibajai dan Dijagai
Agar Kelak Berputik Tunas Yang Bakal Menjadi Baka Yang Baik
Meneruskan perjuangan Islam Di Hari kemudian

Puteri Idamanku Adalah Seorang wanita Yang Tidak terpesona Dengan Buaian Dunia
Kerana Dia mengimpikan Syurga Yang Abadi
Di Situlah Mahligai Kasih Idamannya Dan Dia Akan Membawa Daku Bersamanya
Dialah Puteri Idamanku
Moga Aku Akan Dipertemukan Dengannya
In sha’ Allah

»»  READMORE...

November 22, 2010

Pertemuan apakah perpisahan akhirnya...

"sesuatu yang tak disangka
seringkali mendatangi kita
inikah suratan dalam kehidupan
atau sekadar satu kebetulan"
bait lagu yang seringbermain di gegendang telinga ku..
mengimbas segala kenangan pertemuan kita

Secara kebetulankah kita bertemu,
Atau pertemuan yang sesingkat in
isudahpun tertulis di Loh Mahfuz?
"pertemuan kita di suatu hari
menitipkan ukhuwah yang sejati
bersyukurku ke hadrat Illahidi atas jalinan yang suci"
Bait lagu ini membuat air matakuKian hampir menitis..

indah sungguh suatu pertemuan itu
yang telah direncanakan oleh Yang Maha Esa
hari demi hari
bulan demi bulan
tahun demi tahun
kita menjadi semakin akrab
dan semakin akrab
kita tidak peduli siapa kita
berada atau pun yang tidak berada
kerana yang utama
kita tempuh segala-galanya dengan lapang dada
kita seperti aur dengan tebingcubit peha kananpeha kiri terasa juga

teringat ku akan bait-bait nyanyian
Datuk Siti Nurhaliza
yang selalu ku dengar
i" tak kan mungkin kita bertahanhidup dalam bersendirian
panas terik, hujan badaikita lalui bersama "

Allahu Akbar ku rindukan dirinya ya Allah
Allahu Akbar ku sayangkan dirinya ya Allah
Allahu Akbar ku cintakan dirinya ya Allah
Maha suci Engkau Ya Allah menemukan kami
terlalu banyak kenangan antara kami
kami lalui bersama-samasuka duka yang terlalu banyak.....
Hanya memohon restu orang tua

namun pertemuan yang terjadi ini
apakah perpisahan juga pasti
adakah itu lumrah alam
dan itu hukum alam
kita bertemu memang untuk berpisah
" telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
kerana takdir yang maha esa telah menetapkan
sedih rasanya hati ini bila mengenangkan
kau sahabatku kau teman sejati"
akhirnya air mata ini menitis juga...

tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
memori indah kita bersama terus bersemadikau sahabatku kau teman sejati"

Ahhhhh!!!!Berhentilah wahai mata
dari mengalirkan mutiara suam jernih
perpisahan ini bukan untuk ditangisi
tetapiperpisahan ini untuk diingati
bukan setakat hari inibukan setakat esok
tetapi untuk selama-lamanya

Sebagai seorang kekasih
,aku pasti merindui kasih sayang yang kau taburi
gelak tawa manjamu.. senyuman manis mu..
pasti menemani kehidupan ku didalam memori
dalam laluan kehidupan ku di dunia ini

Kejauhan yang memisahkan kita
biarpun kita jarang sekali bersua
apatah lagi meluang masa bersama
namun dalam diam aku amat menyintai dirimu
dari jauh, aku amat menyayangi dirimu
jangan lupakan diriku dalam doa2mu
jangan lupakan segala kenagan yang tercipta antara kita..
pahatlah ia kukuh kukuh di ingatan mu...

Untukmu kekasih hatiku
" tuai padi antara masak
esok jangan layu-layuan
intai diriku antara nampak
esok jangan rindu-rinduan"...

Andai perpisahan adalah jawapan hubungan kita
ku relakan dengan rasa pasrah
moga kegembiraan...sentiasa bersama mu...



nurkilan tinta emas: dari hatiku sendiri

»»  READMORE...

November 21, 2010

Aku terpaksa tinggalkan engkau, sebab kau yg berubah

Kau dah banyak berubah,
Sejak pertama kali aku denganmu, berdua

Kalau dulu, aku akan gembira melihatmu,
Kurasakan aku di awangan begitu bahagia,
Tapi kini kau,
Membuatkan aku sering berfikir,
Mengapa engkau begini?
Mengapa? Mengapa?

Tak ku sangka kini kau telah berubah,
Dari yang indah kepada kusam,
Dari yang manis menjadi masam.

Mungkin telah tiba masamu,
Menjadi apa mahu mu,
Kerna engkau telah berubah,
Aku juga ingin begitu,
Pergilah engkau terus begitu,
Kerna aku akan memilih yang lain,
Aku pasti dan yakin,
Masih banyak yang lebih bagus darimu di luar sana,
Yang tak mungkin peningkan kepala ku lagi,
Yang bisa membuatkan aku tetap dengan nya,
Yang tak kan membosankan aku,
Aku yakin dan percaya,

Kau bukan untuk ku,
Kau bukan pilihan terbaik.
Kini aku pilih untuk tinggalkanmu.
Selamat tinggal.

*nanti aku kene beli sos cap lain pulak. Sos kali ni tak sedap la, mesti sebab kakak aku yang belikan haritu. Not my taste
mrs.lovesick

»»  READMORE...

November 20, 2010

KEMBOJA DI CELAH BULAN

Dia telah kembali 
mengusung segala keriuhan dunia 
ke pintu sunyi dengan jutaan mata bundar 
memandang penuh kejap 
saat dirinya pergi. 

Jerit mereka - ini kemenangan untuk 
keamanan, pengusiran kedangkalan fikiran 
sayap ababil meluncur laju membelah 
kedurjanaan insan tanpa kenal lelah 
dan kemaafan yang sukar ditelan 
menikam hati sendiri. 

Hari ini dia telah kembali 
bulan tetap bersinar 
wangi kemboja bergelintangan 
membelah sunyi malam tanpa 
kerdip bintang dan pada malam ini 
mereka mampu tidur dengan lena 
setelah sekian lama. 

Setiap saat ketika hari baru bermula
gema suara terus meluncur 
bagai titis hujan membasahi 
akal diri, mencelah kewajaran 
kebinasaan akan terhenti saat dia kembali 
laung mereka berulang kali. 

KAMAL BIN SUJAK 
Teduhan, Klang
»»  READMORE...

November 15, 2010

secebis jantung

ibuku adalah cinta yang terkurung di lembah nubari,
menghembus angin-angin rindu menerobos pelosok nurani,
menghitung benih-benih kasih yang mencium batas bumi.

ibuku menghayun senyum mengirai tabir sunyi,
tatkala malam mengaduh didakap bayu yang merintih,
ibuku masih setia menggenggam tabahnya demi kami.

ibuku yang tidak akan aku temui lagi selepas tawamu,
siramilah aku selalu dengan hela restu,
di ubun sulur kehidupan jerih aku.

ibuku, 
secebis degup jantung aku adalah,
segenap denyut nadi kasihmu.

»»  READMORE...

November 14, 2010

Keluarga perjalanan

Dan itu adalah sebuah buku 
Sebuah gaya yang buruk, tetapi kamus benar 
Empat warna kad dicetak, dicetak pada catatan bayar dicetak dalam surat arahan, dan dicetak pada sijil perkahwinan 


Laman ini dicari oleh waktu ayah saya kerana ibunya adalah ketam, 
dalam utama, 
berjalan di pasir sehingga nama-nama saudara-saudaranya sedang duduk di aliran air dari kandang suaminya turun dari gunung, 
dengan Hill, tenaga brutal dan api: tekanan, 
memukulnya, dia gram mabuk tengah malam dia memegang anak sementara ia mencuci luka-luka kebencian atas nama sendiri dalam api dengan ayahnya, kerana ia membenci yang nya saudara kembar meninggal, dari radang paru-paru dan sakit cacat buruk 


Laman ini takut akan menanyakan daripada keluarga penyakit - 
Infertilitas bibi, kakek yang hilang dua dekad hidup ayah alam tahu datuk saya dan paman saya berkahwin dengan paman saya, dan mempunyai tiga anak bibi mundur saya dan Biaoyi tahu kesuburan tidak tahu asuhan dan pendidikan datuk saya ... ... 


Laman ini adalah kata keras, senarai sisa meninjau kata-kata - 
Tenggelam paman, seorang pemuda melarikan diri dari tahanan Tang Shu melarikan diri, usia tua, bibi saya rambut untuk Nepal 


Laman ini adalah kata simbol fonetik Inspeksi borang - 
Baca: membaca beberapa tahun, rasuah, melalaikan tugas, ayahku racun: kemungkinan sebahagian besar hidup mereka, penyalahgunaan dadah, perdagangan ayahku


Mereka melakukan perjalanan di dalam koper saya lagi, dan lagi mengetuk dial, ditata ulang untuk menjadi saudaraku, kerana saya mempunyai kekosongan dalam air mata ibu yang cinta, sedih, cemas untuk merangkul diam pelukan api, merangkul kembali kembali gelombang di pasir waktu, semakin berbalik lagi dan lagi untuk membaca halaman lebih dari laut putih


p/s: Puisi ini adalah puisi jepun yang telah saya terjemahkan kedalam bahasa melayu
»»  READMORE...

November 13, 2010

Perpisahan. pengkhianatan dan kelukaan...

Apakah yang lebih sukar buatku?
Perpisahan...?
pengkhianatan...?
Atau kelukaan ..?

Apa yang mampu kulakukan
apabila ku dijauhi orang-orang tersayang
Walau ku tahu dimana terciptanya pertemuan
Pasti adanya perpisahan..
Andai ia menjemput tiba ku terpaksa merelakan
Namun.. Biarpun ku merelakan perpisahan
berjauhan dengan orang yang ku sayang
Namun ku tak sanggup untuk kehilangan..

Kehilangan... adakala ia mempertikai kesetiaan
memungkiri segala perjanjian..
melerai segala ikatan..
perpisahan yang berlaku pasti adanya pertemuan semula
kehilangan bermakna tiada lagi pertemuan tercipta..
diri dan kesetiaan bagaikan telah dikhianati..
mampu kah aku terus berdiri...
Mengutip sisa-sisa kekuatan kembali

Dikhianati segala janji..
pasti amat perit hati ini terluka..
impian terbina..
hancur tanpa ada sisanya
harapan yang dihulur..
bagai menjerut leher menunggu saat kematian..
Segalanya sekadar dusta..
Lakonan di pentas sandiwara..

Manakah paling menyukarkan?
Antara perpisahan, pengkhinatan atau kelukaan?

-Tinta_Emas82-

»»  READMORE...

November 11, 2010

Tudung oh tudung



Alahai tudung....
Message: Baju nipis nampak bayang
Peha gebu saja ditayang
Lebih baik tak pakai baju senang
Dah tentu boleh tunjuk terang-terang

Baju ketat seluar sendat
Pakai tudung just ikat-ikat
Dari mula memang bukan adat
Disudut agama pun gaya tak berkat

Tudung jarang baju nipis
Pakai sikit boleh nampak 'garis'
Mata orang terbeliak, kita membengis
Bila kena kutuk, kenapa menangis

Lengan pendek blaus gantung
Jeans ketat melekat dipunggung
Jadi orang Islam ni sebenarnya beruntung
Agama tak suruh berbungkus macam pocong

Apa rasanya, kepala bertudung, kain terbelah
Kalau takat rambut orang kurang ghairah
Lain kalau peha gebu atau ternampak lurah
Mata yang memandang boleh keluar darah

Kebaya ketat, kain terbelah
Ikat tudung macam tak sudah
Nak ikut suruhan agama memang tak mudah
Tapi Islam sebenarnya indah

Tutup aurat bukan suruh berselubung
Sampai tak nampak muka dan hidung
Yang faham tuntutan amat beruntung
Taklah bersungut mulut pun muncung

Dah kalau mula minat nak bertudung
Cubalah sesuaikan apa yang disarung
Kalau masih rasa jiwa tu 'mendung'
Maknanya nafsu tu belum dapat dibendung

Bertudung itu bukan satu paksaan
Ianya lebih kepada keinsafan
Selalunya nafsu masih dikuasai syaitan
Itu la pasal fesyen pun yang bukan-bukan

Asal menutup aurat itu tuntutan
Kalau dianggap susah, tu sebab bosan
Yang ye nya hati tak berkenan
Tu yang berjela-jela mencipta alasan

Menutup aurat satu syariat
Kepada agama kita taat
Hidup berkat pahala berlipat-lipat
Didunia selamat, di akhirat hebat

Dalam tiap perbuatan, kita mulakan dengan niat
Gitu juga bertudung, janganlah konon nak tunjuk
taat
Alamat pahala lebur, dosa bertingkat-tingkat
Mentelah pula berfesyen tak kena tempat

Baik tak bertudung kalau hanya nak rosak imej
Walhal Islam suruh pakai yang sopan dan manis
Dah kalau takat pakaian ngalahkan pengemis
Atas tutup, bawah buka, ni apa punya jenis?

Kita memang hidup dalam era serba maju
Sungguhlah iman tak dinilai just ikut baju
Kalau bertudung tapi pakai yang 'gitu-gitu'
Kita pun susah kenal, manusia ke hantu

Banyak salah faham bila mula bertudung
Maknanya no fesyen-fesyen only the baju kurung
No more pant suit, kebaya or kebarung
Dah kalau gitu lebih baik duduk berkurung

Bertudung bergaya biarlah yang sempurna
Tak jadi bahan kutuk, jangan pula menambah dosa
Pun tak usahlah juga terlebih gaya
Islam itu suka yang sederhana

Kenalah pula kita wanita bekerjaya
Fesyen busana muslimah yang paling kena
Kalau rasa nak letak kaler, tu yang paling asas je
Sebab agama sendiri menggalakan kita selesa

Mana tidaknya, bila bekerja kita bergaul semua
Kalau sendiri memandang muka pun layu je
Orang dok mengata, kita pun rasa terhina
Dah kalau 'put color' jangan macam 'rainbow' pula

Siapa kata kita tak boleh berwarna
Tak caya cuba tengok semua pendakwah-
pendakwah kita
Ustazah-ustazah mereka tetap juga bubuh kaler
Taklah sampai mengancam, cuma biar
nampak 'bernyawa'

Tu sebab kita buat kerja semua dengan niat
Jadi terserah budi bicara tuan punya jasad
Dah kononnya bertudung tapi hati masih jahat
Baik tak le payah berpura nak tutup aurat

Kalau dah memang rasa nak berubah
Peduli kata orang bukan dia yang susah payah
Asal niat, matlamat dan cara kita istiqamah
Lantak mereka lah kalau nak tergigit lidah

Bersamalah kita mengkaji semula
Pakaian kita yang bagaimana gayanya
Andai belum betul-betul bersedia
Janganlah kita mencemar kesuciannya

Andai terasa hidayah menyinggah
Lakukan yang betul mengikut sunnah
Menutup aurat jangan sekali dirasa payah
Mengapa diperleceh, itukan perintah

Andai dihati redha dan ikhlas
Diwajah Nur terpancar jelas
Walaupun bergaya tak berapa 'kelas'
Asal Tuhan tahu, diakhirat pengorbanan terbalas

Harap maaflah kalau terlalu panjang
Bukan sengaja mereka yang bukan-bukan
Berpantun seloka bukan setakat hiburan
Yang mana betul jadikan pedoman.
»»  READMORE...

lukisan kehidupan


Pengemis meminta – minta
Kedhaifan jelas terlihat
Ada yang tersentuh hati
Menitip apa yang mampu
Ada juga yang benci
Sangkanya pemalas
Yang kaya ada semuanya
Apa saja semuanya berjenama
Kereta besar dan rumah serba lengkap
Ada yang tersentuh hati
Ahh! Kan elok aku jadi dia
Ada juga yang benci
Sangkanya penyamun
Sepasang pengantin bersanding
Kegembiraan jelas kelihatan
Hari esok – esok diatur
Berjalan di atas angin
Sangkanya semuanya lembut bagai sutera
Aku titipkan apa yang termampu
Aku tersenyum melihat pada yang kaya
Aku doakan bagi yang baru bermula
Itu adalah rasa drama hidup
Mewarnai kehidupan
Liku – liku itu pernah aku lalui
Susah, senang, kaya, dhaif dan seterusnya
Berubah dan tidak pernah tetap
Yang tetap…
Hati ini tidak pernah tersentuh
Dunia ku hanya dua warna
Hitam dan putih
Semenjak berpisah dengan mu.


Nukilan tinta:
Azman Sidi
»»  READMORE...

November 10, 2010

Kawin oh Kawin...

Bila nak kawin???
Di sini orang bertanya
Di sana orang menyoal
Tak kira teman mahu kenalan
Asyik-asyik itu je yang jadi bualan
Begitulah nasib orang bujang
Tak kira lelaki mahupun perempuan

Bila nak kawin???
Keluarga pun dah mula risau
Si teruna, emak bimbang jadi bujang terlajak
Si dara, ayah takut bergelar andalusia

Bila nak kawin???
Jiran turut sama menumpang tanya
Bila dijawab jodoh belum ada
Kata mereka, kita kenalah usaha
Mandi bunga salah satu caranya
Tak pun mandi ais boleh dicuba (he..he..ni cadangan pelik kawan saya)

Bila nak kawin???
Aduuuhh…aku disoal lagi
Kawin??? Nak kawin dengan sapa?
Calon pun takde.
Hah!!! Awak tu memilih sangat agaknya
Ewah-ewah sedap sungguh mulut berkata
(aku ambil tunang @ suami kau, baru padan muka)

Bila nak kawin???
Akan ku kawin jam-jam ni juga ( haa…haa… haa)
Andai memilih suami semudah bershopping di pasar malam
Atau semudah membeli VCD cetak rompak
Atau sesenang memakan twisties..(yummyyyy y)

Bila nak kawin???
Aaahhh….sungguh aku bosan
Banyak yang lain boleh jadi persoalan
Kenapa asyik itu yang dihadapkan
Apa kita nak heran
Lambat cepatnya jodoh, Allah yang tentukan.



Bila nak kawin???
Pada yang masih bujang
Biarkanlah mereka terus bertanya
Usah ditunggu letih mulut mereka (Takkan letihnya sampai bebila..)
Kalau ada jodoh, Insya-Allah takkan ke mana.

Bila nak kawin???
Pada yang asyik menanya
Usah dirisaukan jodoh orang
Jaga masjid sendiri agar tidak goyang
Lain orang lain rezekinya
Syukurlah dengan apa yang kita ada.
»»  READMORE...

November 9, 2010

Aku Wanita Biasa

Aku ini wanita biasa
Bisa sakit luka karena cinta
Dingin sepi kerap menyapa
Air mata jatuh lukisan raga

Kadang ku kuat setegar karang
Kadang ku rapuh lemah liar merana


Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih

Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih hatiku

Kekasih hatiku maafkan aku
Aku wanita biasa

Dingin sepi kerap menyapa
Air mata jatuh lukisan raga

Kadang ku kuat setegar karang
Kadang ku rapuh lemah liar merana


Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih

Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih
Hatiku… maafkan aku..

By
»»  READMORE...

Salam ukhwah fillah.. harap sudilah follow