November 15, 2010

secebis jantung

ibuku adalah cinta yang terkurung di lembah nubari,
menghembus angin-angin rindu menerobos pelosok nurani,
menghitung benih-benih kasih yang mencium batas bumi.

ibuku menghayun senyum mengirai tabir sunyi,
tatkala malam mengaduh didakap bayu yang merintih,
ibuku masih setia menggenggam tabahnya demi kami.

ibuku yang tidak akan aku temui lagi selepas tawamu,
siramilah aku selalu dengan hela restu,
di ubun sulur kehidupan jerih aku.

ibuku, 
secebis degup jantung aku adalah,
segenap denyut nadi kasihmu.

No comments:

Post a Comment

Salam ukhwah fillah.. harap sudilah follow