November 21, 2010

Aku terpaksa tinggalkan engkau, sebab kau yg berubah

Kau dah banyak berubah,
Sejak pertama kali aku denganmu, berdua

Kalau dulu, aku akan gembira melihatmu,
Kurasakan aku di awangan begitu bahagia,
Tapi kini kau,
Membuatkan aku sering berfikir,
Mengapa engkau begini?
Mengapa? Mengapa?

Tak ku sangka kini kau telah berubah,
Dari yang indah kepada kusam,
Dari yang manis menjadi masam.

Mungkin telah tiba masamu,
Menjadi apa mahu mu,
Kerna engkau telah berubah,
Aku juga ingin begitu,
Pergilah engkau terus begitu,
Kerna aku akan memilih yang lain,
Aku pasti dan yakin,
Masih banyak yang lebih bagus darimu di luar sana,
Yang tak mungkin peningkan kepala ku lagi,
Yang bisa membuatkan aku tetap dengan nya,
Yang tak kan membosankan aku,
Aku yakin dan percaya,

Kau bukan untuk ku,
Kau bukan pilihan terbaik.
Kini aku pilih untuk tinggalkanmu.
Selamat tinggal.

*nanti aku kene beli sos cap lain pulak. Sos kali ni tak sedap la, mesti sebab kakak aku yang belikan haritu. Not my taste
mrs.lovesick

No comments:

Post a Comment

Salam ukhwah fillah.. harap sudilah follow