November 27, 2010

puisi gadis cacat

kemarilah dekat denganku kekasihku,
aku mahu bilang rahasia,
seorang gadis cacat yang duduk di bangku.

duduk diamlah di depanku,
mari aku buka kerudung masaku,
dan kau kiralah lipat-lekat lukaku.

tenangkan sedikit riakmu,
aku adalah serikandi yang pernah tertewas,
masih duduk di sini menganyam semangat,
dan kembali bertempur dengan waktu.

kuncikan bicaramu kekasihku.
aku belum habis cerita,
pandang eratlah ke mataku,
mari aku urai sanggulku,
menyerbakkan wangi ke wajahmu.

melur ini belum layu.
seperti tekadku yang masih biru.

marilah dengarkan di telingamu.

ada bukan mahu jadikan engkau danau,
menakung seluruh air mataku,
bukan juga sebuah samudera,
untuk aku melayarkan segala derita,
bukan juga mahu aku seorang doktor,
merawat segala sakitku.

kita adalah kunci dan mangga,
harus di pasang bersama.
itu mahuku.

sebelum sama-sama dipanggil pulang ke pintu rumahNya.

jika kau datang mahu menjemputku,
marilah kekasihku,
bawa aku pulang.
kisahku sudah langsai,
angin juga sudah tenang.

tetapi jika engkau mahu pulang sendiri,
pergilah.

dudukku tetap di sini
mengira berapa kali ombak menciumku,
menghantar cinta agungNya padaku.

tinta emas: Aloe Verra

1 comment:

Anonymous said...

saya suka sajak ni..

Post a Comment

Salam ukhwah fillah.. harap sudilah follow