December 3, 2010

CINTA TERHALANG

(buat mereka yg mengerti) 
Di suatu hari yang indah 
kita ditakdirkan bertemu 
sama-sama membalas senyuman 
sama-sama membalas jelingan 
tanpa diduga sama sekali 
kerna pertemuan indah itu jualah 
kita ditakdirkan jatuh cinta! 

Saat kita merancang 
untuk membina mahligai bahagia 
disatukan dalam ikatan suci 
halangan datang silih berganti 
ujian menimpa bagaikan badai 
dugaan menerpa ibarat ribut merah 
air mata mengalir tak berhenti 
apalah daya bila cinta terhalang 

Ayahanda bonda 
dan juga sanak saudara 
kami datang memohon restu 
kenapa dihalangi cinta yang suci 
restuilah percintaan ini 
ia berlandaskan niat yang murni 
pernikahan mengikut hukum Ilahi 
bukan sempadan pilihan kami 
satukan kami menurut adat dan agama 
jangan biarkan kami sengsara 

Oh Tuhan 
apalah daya kami 
bila cinta tak direstui keluarga 
semakin kuat mereka cuba memisahkan 
semakin kuat cinta kami jadinya 
berilah petunjuk 
agar jalan yg kami ambil tidak bertentangan 

Cinta ini cinta terhalang 
setiap arah ada penghadang 
ke mana lagi hendak dituju 
adakah mereka akan terus membiarkan 
hati ini merana menelan sengsara 
dan air mata bertukar darah??? 
apalah dosa kami 
hingga dihukum sedemikian rupa... 

Perpisahan adalah penyelesaian 
tapi perpisahan adalah pilihan terakhir kami 
mereka tahu tapi mereka enggan terima 
bahawa perpisahan bukanlah jalan terbaik 
kami mungkin terpisah 
tapi hati kami tetap bersatu 
kami mungkin berjauhan 
tapi hati kami tetap dekat 
kami mungkin dikahwinkan dgn pilihan keluarga 
tapi percayalah perkahwinan itu tak akan bahagia 
bila satu jiwa sedang merana 

Cinta ini cinta terhalang 
mungkin ada hikmah disebaliknya 
kami kan terus berdoa memohon restu Ilahi 
dan menanti penuh sabar restu keluarga 

 
Oh Tuhan..kami akur sekali 
jodoh dan maut di tangan Ilahi 
mana mungkin kami menentukan sendiri 
andai tiada jodoh 
kami redha 
kerana kami sedar 
kasihMu pada hambamu lebih besar 
dari kasih manusia sesama manusia 
betapa kerdilnya kami disisimu 
Tuhan..berilah pedoman buat kami 
yang semakin hari semakin keliru 
jangan biarkan kami tewas 
dan memilih jalan yang salah.......


No comments:

Post a Comment

Salam ukhwah fillah.. harap sudilah follow