December 16, 2010

Duhai wanita solehah bukan hanya bernama solehah

Duhai wanita solehah bukan hanya bernama solehah
Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini.

Duhai wanita solehah bukan hanya bernama solehah
Keayuan wanita solehah itu, tidak terletak pada kecantikan wajahnya,
Kemanisan wanita solehah, tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu,
Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin,
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu,
Bukan dan tidak sama sekali.

Duhai wanita solehah bukan hanya bernama solehah
Kepetahan wanita solehah,
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama.

Duhai wanita solehah bukan hanya bernama solehah
Nafsu mengatakan wanita cantik
Dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam,
Sedangkan akal mengatakan wanita cantik
Adalah atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek ,
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai.

Duhai wanita solehah bukan hanya bernama solehah
wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran,
Kerna satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman ,
Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat Ilahi,

Duhai wanita solehah bukan hanya bernama solehah
wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai ,
Kerna ada lagi manusia yang lebih berpengetahuan darimu ,
Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,
Kerna ada lagi insan yang lebih malang darimu.

Duhai wanita solehah bukan bernama solehah
wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu
tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya ,
Bersyukurlah diatas apa yang ada,
Serta berusaha demi keluarga, bangsa dan agama.

isterisolehah

No comments:

Post a Comment

Salam ukhwah fillah.. harap sudilah follow